widgets

widgets

Monday, 20 October 2014

AKAL DALAM BERAGAMA







Rasulullah SAW pernah bersabda:



Maksudnya: “Tidak ada agama bagi orang yang tidak berakal.”



Ertinya orang yang akalnya tidak sihat atau orang yang tidak siuman atau orang yang terencat akal ataupun orang gila tidak boleh dan tidak mampu beragama. Mereka pun tidak di tuntuk beragama. Jelasnya mereka tidak dituntut bertauhid, bersyariat ataupun bertasawuf.



Mereka bukan orang yang mukalaf. Oleh itu mereka tidakdisuruh menegakkan syariat. Mereka terlepas dari hukumsuruhan dan hukum larangan Tuhan. Kalau mereka berbuat ibadah, tidak diberi pahala. Kalau mereka berbuat maksiat dankemungkaran pun tidak berdosa.



Mereka ini dianggap sebagai ahlul fitrah. Mereka ini sama sahaja dengan kanak-kanak yang mati sebelum akil baligh tidak kira apa agama ibu ayah mereka dan juga manusia yang tidak sampai kepada mereka seruan dakwah. Mereka semua adalahahli syurga.



Namun istilah tidak berakal dalam hadis tersebut bukan sahaja bermaksud gila atau tidak siuman atau terencat akal. Kalau itulah yang di maksudkan, sudah tentu Rasulullah akan terus menyebut gila atau tidak siuman. Tidak berakal di sini juga

Rasulullah SAW pernah bersabda: 

Maksudnya: “Tidak ada agama bagi orangyang tidak berakal.”

bermaksud belum pandai menggunakan akal atau akal yangbelum sempurna. Seperti kanak-kanak yang belum cukup umuratau belum akil baligh, mereka ini bukan gila atau bukan tidak siuman. Cuma mereka belum pandai menggunakan akal dan oleh itu dianggap tidak berakal. Mereka ini tidak diwajibkan beragama.Walaupun begitu, hadis ini tidak pula bermaksud orang yang berakal atau orang yang sempurna akalnya sudah tentu akan beragama. Ini tidak berlaku. Berapa ramai kita lihat orang yang berakal malahan yang pandai-pandai pula tidak beragama bahkan ada di antara mereka yang menentang agama.



Seperkara lagi, walaupun agama dalam hadis ini dikaitkandengan berakal, ini tidak bermakna akal itu semata-mata adalah alat untuk beragama. Justeru itu kalau akal di asah tajam-tajam dan diisi dengan berbagai-bagai dan sebanyak-banyak ilmu,belum tentu seseorang itu akan beragama, walaupun ilmu yang ada padanya adalah ilmu Quran dan hadis. Berapa ramai kita lihat profesor-profesor terutama di universiti-universiti di Barat dan Amerika yang mengajar ilmu Islam dan memberi ijazah,masters dan PhD ilmu Islam kepada graduan-graduan Islamtetapi mereka sendiri tidak beriman.



Hadis ini merujuk kepada orang yang tidak berakal dan bukan kepada orang akal. Orang yang tidak berakal ialah orang yang tidak pandai atau belum pandai menggunakan akalnya.Orang akal pula ialah orang yang mengagungkan akalnya. Ada beza antara dua istilah ini. Kalau orang yang tidak berakal susah hendak beragama, orang akal yang berpandukan akalnya dan logik semata-mata, lebih-lebih lagilah susah hendak beragama.Sebenarnya, tidak berakal dalam hadis ini membawa maksud akal yang tidak terpimpin. Orang yang akalnya tidak terpimpin dianggap tidak berakal.



Dalam Islam, akal yang tidak terpimpin itu ialah akal yang tidak dapat berfungsi di atas landasan hak dan kebenaran. Iaitu akal yang berputar dengan bebas tanpa dikawal oleh hati yangyakin, beriman dan takut kepada Allah. Islam menganggap orang yang akalnya tidak mahu tunduk kepada hatinya atau kepada kebenaran sebagai orang yang tidak berakal. Akal seperti inihanya akan tunduk kepada nafsunya sahaja.



Walau bagaimana pintarnya akal yang tidak terpimpin ini, iatidak akan dapat keluar dari kepompong alam dunia dan alam material. Ia tidak dapat meneroka alam-alam yang lebih seni dari alam syahadah atau alam nyata ini seperti alam barzakh alamakhirat, syurga, neraka, malaikat dan hal yang berkaitan denganTuhan itu sendiri. Walhal semua itu adalah benar.



Akal yang tidak terpimpin ini sangat bahaya. Ia akan bergantung habis-habisan kepada logik akal semata-mata dan tidak akan nampak sumber kebenaran yang lain. Walhal kalau mengikut logik akal, akhirat itu tidak logik, syurga dan neraka tidak logik, hidup sesudah mati itu tidak logik, malaikat tidak logik bahkan Tuhan itu pun tidak logik. Justeru itu, orang yang akalnya tidak terpimpin akan mendapati sukar untuk mempercayai perkara-perkara ghaib seperti malaikat, hari kiamat,Tuhan dan sebagainya.Itu sebab dalam Islam, pendidikan adalah berteraskan konsep yang terkandung di dalam sebuah hadis 

Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Awal-awal agama mengenal Allah.”

Awal-awal lagi, kanak-kanak perlu dikenalkan kepada Allah supaya hati mereka terisi dengan rasa-rasa bertuhan. Rasa-rasa inilah yang akan menguasai dan memimpin akal mereka. Akal mereka akan berputar dan berfungsi di bawah kawalan hatimereka yang sentiasa terhubung dengan Tuhan dan yang sentiasaterisi dengan kebenaran dan rasa-rasa bertuhan.



Islam tidak mahu akal itu digunakan secara bebas tanpa kawalan. Islam mahu akal itu sentiasa terpandu. Islam menuntutkita berzikir sambil berfikir. Ini dapat dilihat dalam sepotong ayat dalam Al Quran:



Maksudnya: “Orang yang sentiasa mengingati Allah(berzikir) dalam keadaan berdiri, duduk dan berbaring danmereka berfikir tentang kejadian langit dan bumi.” 

(SurahAli Imran: 191)



Hati mesti terhubung dahulu dengan Tuhan melalui zikir,barulah akal digunakan untuk berfikir. Berzikir itu kerja hati.Berfikir itu kerja akal. Barulah fikiran itu akan dibantu dandipandu oleh Tuhan. Kalaulah akal dibebaskan berfikir tanpakawalan hati yang berzikir, ia akan tersimpang dari kebenaran.Akal itu kalau dibebaskan berfikir, penghujungnya nanti ia akanmenafikan kewujudan Tuhan. Kerana hal-hal Tuhan dan perkaraperkara ghaib adalah diluar kemampuan akal memahaminya.Ditakuti bila perkara-perkara ini tidak difahami, akal akan menafikannya. Itulah bahayanya akal. Sebab itu ia perlu dikawaldan dipimpin oleh hati.



Mari kita lihat cara mencari kebenaran berpandukan prinsipdan kaedah falsafah, iaitu kaedah yang dicipta oleh orang akalyang seratus-peratus bergantung kepada kekuatan akal sematamata.Dalam sesuatu perkara atau permasalahan itu, ditimbulkanberbagai-bagai keraguan terlebih dahulu. Selepas itu barulah akaldigunakan untuk mencari hujah dan kepastiannya yang palingmasuk akal.Atas dasar inilah penemuan-penemuan dan teori-teorifalsafah dikemukakan. Dalam Islam, ini tidak berlaku. Ilmukepastian perlu didapatkan terlebih dahulu dari Tuhan. Selepasitu barulah akal digunakan untuk melaksana dan mengembangkannya.Dengan itulah akal akan sentiasa terpimpin dantidak akan terkeluar dari garisan orbitnya. Ia tidak perlu menciptasistem, konsep atau doktrin yang baru tetapi hanya perlumengembangkan konsep yang telah ditetapkan oleh Tuhan.Inilah sebenarnya fungsi akal. Ia menterjemah dan mencarikaedah atau jalan bagaimana hukum dan syariat Tuhan bolehdifahami dan dilaksanakan. Akal itu adalah pelaksana bagi sistemdan hukum yang telah ditetapkan oleh Tuhan. Ia bukan penciptasistem atau hukum baru. Bila akal digunakan untuk menciptasistem dan hukum, maka porak-perandalah hidup manusiakerana sistem dan hukum yang dicipta itu akan berlawanan danbertentangan dengan keperluan dan tuntutan fitrah semulajadimanusia. Hanya Tuhan sahaja yang mengetahui keperluan dankehendak manusia yang sebenar kerana Dialah yang menciptamanusia. Oleh itu hukum Tuhan sahajalah yang sesuai dan patutdigunapakai untuk manusia.



Tidak berakal boleh juga bermaksud tidak cerdik. Bila akaltidak cerdik, tidak pandai bertindak dan tidak pandai menyelesaikanmasalah, dia tidak akan mampu dan tidak akan berupayauntuk memahami, menterjemah dan melaksanakan segalahukum dan syariat Tuhan.Akal seperti ini tidak akan dapat menegakkan tuntutan agamayang sebegitu banyak. Ia tidak akan dapat mempraktikkan agamasecara syumul dan menyeluruh. Ia hanya akan dapat berbuatibadah-ibadah yang khususiah seperti solat, puasa, wirid, zikir,baca Quran dan sebagainya. Ia mungkin boleh menjadi seorangahli abid. Tetapi agama bukan setakat melaksanakan ibadahkhususiah dan menjadi ahli abid sahaja. Agama termasuk menegakkansegala tuntutan-tuntutan yang lain samada yang berbentukbatiniah mahupun lahiriah. Agama menuntut kita menegakkantamadun rohani dan tamadun lahir.



Tamadun rohani melibatkan hati, akal dan nafsu yang perludibina dan didik sehingga seseorang itu menjadi orang yangbetul-betul kenal Allah (arifbillah) dan bertaqwa kepada Allah.Di segi lahirnya pula, Islam sebagai cara hidup (addin) perluditegakkan dalam semua aspek kehidupan sama ada dalambidang sosial, ekonomi, pendidikan, pentadbiran, kebudayaan,kewangan, khidmat kesihatan dan sebagainya. Inilah yangdinamakan tamadun lahir. Barulah Islam itu lengkap, syumuldan sempurna. Barulah keperluan lahir dan rohani manusia dapatdipenuhi. Inilah yang dimaksudkan dengan agama iaitu carahidup atau addin yang syumul dan lengkap.



Ini semua bukan perkara mudah. Hanya orang yang berakal dan yang cerdik sahaja mampu melaksanakan semua ini. Orangyang tidak cerdik tidak akan dapat memahaminya, jauh sekaliuntuk menegak dan melaksanakannya. Mereka hanya akanmampu menjadi ahli ibadah semata-mata. Kita harus ingatbahawa maksud agama dalam hadis ini dan pemahaman agamayang sebenar meliputi seluruh sendi-sendi dalam agama yangwajib kita tegakkan samada yang lahir mahupun yang batin. Jelasbahawa orang yang tidak berakal atau tidak cerdik akan dapatisukar untuk menegakkan agama yang merangkumi semua aspekkehidupan. Mereka tidak akan mampu menegakkan tamadunlahir. Tanpa akal, umat Islam akan jadi beku dan jumud.Begitulah maksud-maksud yang tersurat dan tersirat bagiberakal dan agama yang terkandung dalam hadis ini. Kita tidakdapat lari dari hakikat bahawa akal itu perlu dalam agama akantetapi hanya apabila ia tunduk dan dipimpin oleh hati.

No comments: